Rasulullah SAW bersabda, " Ada dua biji mata yang tidak disentuh api neraka, mata yang
menangis pada waktu malam kerana takut kepada Allah SWT dan mata yang menjaga pasukan
fi sabillah pada waktu malam. "
"Antara tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari kiamat,
seseorang yang berzikir secara bersendirian lalu mengenang tentang kebesaran Allah SWT, maka
bercucuranlah air matanya. "
Antara air mata yang tidak dituntut :
- Janganlah menangis jika cita-citamu tidak tercapai. Bukankah Tuhan yang telah menentukannya ?
- Janganlah menangis ketika menonton filem Hindustan. Bukankah itu cuma lakonan ?
- Janganlah menangis kerana cinta tidak berbalas. Mungkin dia bukanlah jodoh yang Tuhan tetapkan.
- Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan. Mungkin kita kurang membuat persediaan.
- Janganlah menangis kalau wang kita hilang dalam perjalanan. Mungkin kita kurang bersedekah.
- Janganlah menangis kalau tidak dinaikkan pangkat. Yakinlah, rezeki itu merupakan pemberian Tuhan.
Maka simpanlah semua air mata tangisan itu buat bekalan untuk menginsafi atas segala kesedihan yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik-bintik hitam yang telah menggelapkan hati.
* saya juga hanya manusia biasa yg tak lari dari mmbuat kesilapan. ini sekadar perkongsian dari hati.
maaf kalau menyinggung mana2 pihak. trima kasih.
No comments:
Post a Comment