August 23, 2013

Kata rasa suka

Apa kau kata ?
Apa kau rasa ?
Apa kau suka ?
Kau dengan kata rasa suka kau bole blah.

Apa aku kata ?
Apa aku rasa ?
Apa aku suka ?
Apa kau kesa dengan kata rasa suka aku ini.

Kau hanya pandai pusing
Kau hanya pandai lari lari
Kau hanya pandai berdiam diri
Padahal kau yang takot bayang bayang sendiri.

Kasihan kan aku ?
Kau patot kasihankan diri kau
Semua salah aku ?
Kau yang patot cermin diri kau

Kau kata aku yang gila
Ya, semua kerana kau ! ;)

Hujan

Hujan.
Penutup dan pembuka utk hari ini
Hujan, dipagi hari ia dipanggil rahmat
Hujan, dimlam hari dipanggil mengikut masalah jiwa

Hujan.
Kau lah membawa pelangi dikala siang hari
Kau berikan berita paling gembira utk kali ini
Aku bersyukur padamu ya Rabbi wahai pencipta alam sekelian ini

Hujan.
Kau lah yg membawa pergi gembiraku di mlm ni
Kau dtgkan duka yg harus aku lalui
Kau berikan aku pengajaran hidup yg panas tidak akn smpai kepetang
Pasti ada hujan ditengahari.

Hujan.
Aku syukur kau membasahi bumi
Menyejukkan hati yg duka lara ini
Kau penyeri yg diberi oleh Ilahi
Kau lah pembawa rezeki

August 22, 2013

Sepertimana kau dan rembulan tidak bercahaya

Sepertimana kekacauan yg berlaku di dunia ini
Ia berlaku di dalam jiwa juga
Sepertimana ombak ganas yg membelah pantai
Ia membelah jiwaku juga
Sepertimana das tembakan yg terkena manusia tidak bersalah
Ia terkesan di jiwaku juga

Bagaimana ingin aku ingkapkan kata cinta
Jika dusta yg kau lemparkan
Bagaimana ingin aku melukis coretan cerita kita
Jika kapal kau kau layarkn terhempas di tepian

Cukup rasanya diri ini menderita
Jiwaku terseksa
Cukup rasanya diri ini memikul beban duka
Jika itu yg kau pinta

Wahai kasih, aku bukan bidadari dari syurga
Yg sihat sempurna seluruh jiwa
Dan aku bukan lah makhluk tuhan yg berkepala dua
Yg tidak mampu menerima nasihat semata

Cuma, aku manusia yg punyai hati yg mudah retak
Menangis apabila ia suka
Aku tidak kuat seperti serigala
Yg mampu memprogramkn jadualnya

Ini bukan kisah duka yg dicipta
Ia hanya lah di kertas dunia sahaja
Moga tuhan bagi aku hidayah
Utk menghadapi cabaran-Nya